Empat Penyelidik UPM Sertai Konvensyen Inovasi Sosial 2024 Di Bangi | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Empat Penyelidik UPM Sertai Konvensyen Inovasi Sosial 2024 di Bangi

Empat Penyelidik UPM Sertai Konvensyen Inovasi Sosial 2024 di Bangi

Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2024 yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, pada 15 hingga 17 Disember 2024. Empat penyelidik dari UPM, iaitu Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, Ir. Dr. M. Effendy Ya’acob, Prof. Madya Dr. Maimunah Sanny, dan Prof. Madya Dr. Susilawati Kasim, telah mengetengahkan inovasi yang memfokuskan kepada teknologi hijau, pengurusan bencana, pendidikan, dan kesihatan.


Pameran inovasi oleh penyelidik UPM menonjolkan solusi terhadap cabaran sosial dengan pendekatan teknologi dan sains. Antaranya, inovasi teknologi hijau untuk masyarakat luar bandar, sistem pintar untuk pengurusan bencana, serta pendekatan baharu dalam bidang pendidikan dan kesihatan, memberi impak besar kepada masyarakat tempatan dan global.


Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, turut hadir memberi sokongan moral. Lawatan beliau ke booth UPM dan promosi terhadap inovasi yang dihasilkan menyerlahkan komitmen UPM dalam memperluaskan aplikasi hasil penyelidikan kepada masyarakat.


Program InnoHub dan Putra Science Park memainkan peranan penting dalam mempersiapkan penyelidik UPM untuk konvensyen ini. Latihan pitching, strategi promosi, dan bahan pameran profesional disediakan untuk memastikan inovasi yang dipamerkan memenuhi kriteria kebolehpasaran dan impak masyarakat.


UPM berharap penyertaan dalam KIS 2024 membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Konvensyen ini juga memberi inspirasi kepada generasi penyelidik muda untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui inovasi, sekaligus mengukuhkan kedudukan UPM di arena antarabangsa.

Date of Input: 16/12/2024 | Updated: 16/12/2024 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:55:39am-09:00:39am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]