Festival Idea Putrajaya 2025 (FOI 2025) Melabuhkan Tirainya Dengan Kejayaan Besar Hasil Kerjasama Kukuh Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Festival Idea Putrajaya 2025 (FOI 2025) melabuhkan tirainya dengan kejayaan besar hasil kerjasama kukuh warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Festival Idea Putrajaya 2025 (FOI 2025) melabuhkan tirainya dengan kejayaan besar hasil kerjasama kukuh warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Festival Idea Putrajaya 2025 (FOI 2025) melabuhkan tirainya dengan kejayaan besar hasil kerjasama kukuh warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata kejayaan festival ini bukan sahaja bergantung kepada kepimpinan, tetapi juga kepada semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh seluruh anggota kementerian dari semua peringkat. Beliau turut menyifatkan penganjuran program berskala besar ini sebagai satu cabaran yang berjaya dilaksanakan melalui komitmen tinggi barisan petugas, sama ada yang berada di hadapan mahupun di sebalik tabir. Dalam majlis apresiasi yang diadakan, beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana serta rakan strategik termasuk Perbadanan Putrajaya sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka.
 
Penglibatan aktif Naib-Naib Canselor universiti awam, politeknik dan kolej komuniti dalam menggerakkan kehadiran pelajar turut menyumbang kepada kemeriahan FOI 2025. Beliau juga menegaskan bahawa kekuatan sesebuah organisasi terletak pada kemampuan membina pasukan yang mantap, bukan hanya pada individu tertentu. Beliau menyeru agar semangat kebersamaan ini dikekalkan bagi memastikan agenda kementerian pada masa hadapan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang demi manfaat rakyat dan negara. Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah.

Date of Input: 04/12/2025 | Updated: 04/12/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:21:12pm-08:26:12pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]