Festival Idea Putrajaya (Putrajaya Festival of Ideas) ialah inisiatif anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang bertujuan mempamerkan idea, inovasi, dan teknologi terkini kepada masyarakat umum. Acara ini berlangsung dari 27 hingga 29 November 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Festival ini menampilkan 65 produk inovatif dan teknologi canggih yang dibangunkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Salah satu komponen utama festival ini ialah IdeaVault, sebuah program yang bertujuan mengumpulkan 100,000 idea inovatif daripada rakyat Malaysia merangkumi pelbagai bidang.
Objektif utama Festival Idea Putrajaya termasuk:
1.Menjadikan Putrajaya sebagai "Bandar Idea" dengan menyediakan platform untuk pertukaran ilmu, kepakaran, dan penjanaan idea.
2.Menyediakan ruang untuk orang awam, pelajar, dan industri meningkatkan kemahiran pengetahuan baharu, peluang pekerjaan, dan perkhidmatan perundingan institusi pengajian tinggi.
Date of Input: 19/12/2024 |
Updated: 19/12/2024 | faizfarhan
MEDIA SHARING