HEBAHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PEMECUTAN SYARIKAT PEMULA DAN SYARIKAT TERBITAN (SUSOA) TAHUN 2026 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » HEBAHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PEMECUTAN SYARIKAT PEMULA DAN SYARIKAT TERBITAN (SUSOA) TAHUN 2026

HEBAHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PEMECUTAN SYARIKAT PEMULA DAN SYARIKAT TERBITAN (SUSOA) TAHUN 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
HEBAHAN PERMOHONAN SKIM GERAN PEMECUTAN SYARIKAT PEMULA DAN SYARIKAT TERBITAN (SUSOA) TAHUN 2026
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini membuka permohonan bagi Skim Geran Pemecutan Syarikat Pemula dan Syarikat Terbitan (SUSOA) Tahun 2026.
 
Geran ini bertujuan mempercepatkan pengkomersialan hasil penyelidikan universiti melalui penubuhan dan pembangunan syarikat pemula (start-up) atau syarikat terbitan universiti (spin-off) yang berasaskan teknologi dan harta intelek (IP) universiti.
 
Antara manfaat geran SUSOA adalah:
• Pembiayaan sehingga RM400,000 bagi tempoh pelaksanaan 12 bulan;
• Sokongan pembangunan model perniagaan dan pengkomersialan;
• Pengesahan pasaran (market validation) dan pencapaian Product-Market Fit (PMF);
• Akses kepada rangkaian industri, mentor dan pelabur; serta
• Peluang menjalani Cuti Latihan Sangkutan Pengkomersilan bagi memberi fokus kepada pembangunan syarikat dan aktiviti pengkomersialan.
 
Kriteria asas pemohon:
• Staf akademik universiti yang bersedia untuk mengambil Cuti Latihan Sangkutan Pengkomersilan sekurang-kurangnya 12 bulan;
• Mempunyai teknologi, produk atau harta intelek yang telah mencapai sekurang-kurangnya TRL 6;
• Mempunyai potensi pengkomersialan yang tinggi; dan
• Bersedia menubuhkan syarikat pemula atau syarikat terbitan universiti.
 
Permohon yang berminat diminta untuk mengimbas QR code seperti di dalam poster hebahan untuk mendapatkan maklumat lanjut, memuat turun dokumen permohonan dan mengemukakan permohonan awal (Lampiran).
 
Bagi membantu penyediaan permohonan yang berkualiti, Putra Science Park akan menganjurkan SUSOA Proposal Bootcamp 2026 pada 22 hingga 24 Jun 2026. Program ini akan memberi bimbingan secara intensif dalam pembangunan model perniagaan, strategi pengkomersialan, unjuran kewangan, ROI/ROV, pengurusan risiko dan penyediaan proposal SUSOA.
 
Sehubungan itu, staf akademik yang mempunyai teknologi atau inovasi berpotensi komersial adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Putra Science Park melalui Puan Norliyana Abd Karim, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat & Hubungan Strategik, Unit Dana Komersil Putra Science Park.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
 
May be an image of text

Date of Input: 15/06/2026 | Updated: 15/06/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (08:48:56am-08:53:56am, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]