HEBAHAN: SESI PENILAIAN LAPORAN KEMAJUAN GERAN PEMBANGUNAN PRODUK PENYELIDIKAN (GPPP) | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » HEBAHAN: SESI PENILAIAN LAPORAN KEMAJUAN GERAN PEMBANGUNAN PRODUK PENYELIDIKAN (GPPP)

HEBAHAN: SESI PENILAIAN LAPORAN KEMAJUAN GERAN PEMBANGUNAN PRODUK PENYELIDIKAN (GPPP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 13 Januari 2025 (Isnin), Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia, telah menganjurkan Sesi Penilaian Laporan Kemajuan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) untuk Batch 5/2024/1/02.

Sesi ini melibatkan pembentangan laporan kemajuan oleh penyelidik di hadapan panel penilai yang terdiri daripada:

  1. Prof. Dr. Samsilah Roslan
  2. Dr. Nor Shafizah Ishak
  3. Dr. Kharulmizam Samsudin

Sesi ini bertujuan untuk menilai kemajuan projek yang sedang dijalankan oleh para penyelidik, memastikan hala tuju projek berada pada landasan yang betul, serta memberi maklum balas membina untuk meningkatkan keberhasilan dan impak inovasi yang dibangunkan.

Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelidik yang terlibat atas kesungguhan dan dedikasi mereka dalam membuat pembentangan dengan cemerlang. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada panel penilai yang telah memberikan input berharga berdasarkan kepakaran masing-masing.

Sesi ini mencerminkan komitmen UPM dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan inovasi, selaras dengan misi universiti untuk menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Kami berharap sesi ini akan terus memberikan motivasi kepada para penyelidik untuk mempertingkatkan usaha mereka dalam membangunkan produk inovasi yang mampu mencapai tahap pengkomersialan dan memberi impak positif kepada pelbagai industri.

"WITH KNOWLEDGE WE SERVE"
Seksyen InnoHub,
Putra Science Park (PSP), UPM.

Date of Input: 13/01/2025 | Updated: 13/01/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (01:08:16pm-01:13:16pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]