Serdang, 19 Mac 2025 – Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan sesi taklimat InnoHub Talk Session #3 bertajuk Harnessing Social Media for University Startup Success. Program ini telah diadakan secara hibrid, membolehkan penyertaan secara fizikal dan dalam talian.
Sesi yang amat bermakna ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras InnoHub, Putra Science Park. Penceramah jemputan bagi sesi kali ini ialah Mr. Kionz. C, Pengarah Urusan MC 2 Group (M) Sdn Bhd, seorang pakar dalam pemasaran digital dan media sosial.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk berkongsi strategi praktikal serta pandangan mendalam mengenai bagaimana media sosial boleh dimanfaatkan secara efektif bagi meningkatkan kejayaan pemindahan dan pengkomersialan teknologi universiti. Dalam pembentangannya, Mr. Kionz. C menekankan kepentingan membina jenama digital, menarik perhatian pelabur melalui platform dalam talian, serta menggunakan analitik media sosial untuk mengoptimumkan strategi pemasaran.
Sesi ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 37 peserta secara dalam talian dan 13 peserta secara fizikal. Para peserta terdiri daripada InnoHubbers serta kakitangan UPM yang berminat untuk meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran mereka dalam bidang inovasi dan keusahawanan.
InnoHub Talk Session ini terus menjadi platform penting dalam memberikan ilmu serta pendedahan terkini kepada penyelidik dan usahawan universiti bagi memperkukuh daya saing dalam ekosistem pengkomersialan teknologi.
Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini. Nantikan siri-siri seterusnya yang bakal menampilkan lebih banyak topik menarik dalam usaha memperkasakan inovasi dan keusahawanan teknologi di UPM.
Date of Input: 20/03/2025 | Updated: 20/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia