30 April 2026 : InnoHub Talk Session #3 | 2026 – National Technology Innovation Sandbox (NTIS) UniTalk Tour 2026: From Research to Real-World Impact
Sesi ini telah dilaksanakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) dan disampaikan oleh Puan Nurul Nadhirah (Senior Analyst, NTIS), Encik Fauzan Haziq (Analyst, NTIS) dan Encik Afiq Aizat (Analyst, NTIS).
Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Noor Fadilah Ayu Wichi, Pegawai Eksekutif, selaku pengendali sesi. Turut hadir ialah Dr. Nur Fadhilah Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub.
Sesi InnoHub Talk bersama pihak NTIS ini memberi pendedahan mengenai penggunaan pembiayaan NTIS dalam mempercepatkan pengkomersialan harta intelek universiti. Peserta turut didedahkan dengan proses permohonan, syarat kelayakan serta strategi penyediaan permohonan yang berkesan. Selain itu, sesi ini menerangkan kaedah menukar hasil penyelidikan kepada produk sedia pasaran melalui proses validasi, penskalaan serta kerjasama industri.
Sesi ini juga membantu penyelidik dan inovator memahami peranan NTIS dalam menyokong pengujian teknologi, pematuhan regulatori serta jaringan industri dalam ekosistem inovasi negara.
Sesi pitching kepada pihak NTIS turut dilaksanakan selepas InnoHub Talk, melibatkan penyertaan sebanyak 10 projek.
Seramai 41 peserta telah menghadiri sesi ini, terdiri daripada 15 peserta secara dalam talian dan 26 peserta secara fizikal, melibatkan InnoHubbers serta warga UPM.
Date of Input: 30/04/2026 |
Updated: 30/04/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING