28 Mei 2025 : InnoHub Talk Session #5 | 2025 -University Startup Journey: From Lab to Market. Sesi taklimat ini telah berlangsung secara hibrid (fizikal dan dalam talian) dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras InnoHub, Putra Science Park, UPM.
Perkongsian yang penuh inspirasi telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Maimunah Sanny , Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM.
Matlamat utama sesi ini adalah untuk mendedahkan pengalaman sebenar dalam proses menjadikan idea penyelidikan sebagai asas kepada penubuhan syarikat permulaan yang bersedia untuk menembusi pasaran. Para peserta didedahkan dengan cara mengenal pasti potensi komersial dalam inovasi, membentuk pasukan permulaan yang mantap, mendapatkan sokongan serta pembiayaan yang relevan, dan menangani cabaran peringkat awal dalam membawa produk atau perkhidmatan ke pasaran.
Seramai 51 peserta telah mengikuti sesi ini secara dalam talian, manakala 18 peserta hadir secara fizikal. Kesemua peserta terdiri daripada InnoHubbers, warga UPM dan pelajar.
Date of Input: 28/05/2025 |
Updated: 28/05/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING