3 Julai 2025 : InnoHub Talk Session #6 | 2025 - Continuous Market Discovery for Tech -Based Startups .
Sesi taklimat ini telah diadakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian), dan disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras InnoHub, Putra Science Park, UPM.
Objektif utama sesi ini adalah untuk menerangkan bagaimana syarikat permula berasaskan teknologi dapat mengenal pasti keperluan sebenar pelanggan serta menyesuaikan produk mereka mengikut kehendak pasaran yang sentiasa berubah. Para peserta turut didedahkan kepada pendekatan praktikal dalam mengumpul maklum balas terus daripada pengguna, menambah baik produk atau perkhidmatan sedia ada, dan mengenal pasti peluang pertumbuhan perniagaan.
Penceramah turut menekankan kepentingan mengelakkan kesilapan lazim seperti membangunkan produk terlebih dahulu tanpa memahami keperluan pelanggan. Sebaliknya, penekanan diberikan kepada pembangunan penyelesaian yang benar-benar memenuhi permintaan pasaran.
Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 46 peserta, iaitu 37 peserta secara dalam talian dan 9 peserta secara fizikal. Para peserta terdiri daripada kalangan InnoHubbers dan warga UPM.
Date of Input: 03/07/2025 |
Updated: 03/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING