Sesi ini dijalankan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) dan disampaikan oleh YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid, Pengarah ION2 , UPM dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras Program InnoHub.
Fokus utama sesi ini adalah untuk berkongsi bahawa pengasas teknikal biasanya hebat dalam membina produk, tetapi untuk membesarkan sebuah startup mereka juga perlukan kemahiran lain seperti pembangunan perniagaan, jualan dan strategi pasaran.
Dalam perkongsian ini, penceramah menceritakan pengalaman beliau sebagai Pengasas dan Ketua Saintis Qarbotech dalam mencari rakan pengasas dan CEO yang sesuai bagi mempercepatkan pertumbuhan syarikat.
Berdasarkan pengalaman Qarbotech, perbincangan turut menyentuh tentang bagaimana membina kerjasama jangka panjang, mengekalkan keselarasan visi ketika syarikat berkembang, serta tips membina rakan strategik untuk menjadikan inovasi teknologi tinggi lebih bersedia memasuki pasaran.
Seramai 59 peserta telah menghadiri sesi ini, dengan 42 peserta secara dalam talian dan 17 peserta secara fizikal. Peserta terdiri daripada InnoHubbers dan warga UPM.
Date of Input: 28/08/2025 |
Updated: 28/08/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING