Sesi ini telah dijalankan secara hibrid (fizikal dan dalam talian), disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohamed Hisham Bin Dato’ Haji Yahya, Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub.
Sesi ini memberi pendedahan kepada Syarikat pemula tentang cara memperkukuh kedudukan kewangan syarikat pemula agar lebih meyakinkan di mata pelabur. Antara topik yang dibincangkan termasuklah pemahaman terhadap metrik utama seperti unit economics , kadar perbelanjaan ( burn rate ) dan tempoh operasi ( runway ), serta kaedah membina unjuran kewangan yang realistik dan boleh dipercayai.
Selain itu, peserta turut didedahkan kepada asas penilaian syarikat, kesan pembiayaan terhadap pegangan ekuiti, serta peringkat pembiayaan daripada pre-seed hingga Series A. Sesi ini juga menjelaskan jenis pelabur seperti geran, angel investors , venture capitalists (VCs) dan korporat, serta kriteria yang dinilai oleh inkubator dan pemecut dalam menilai tahap kesediaan sesebuah syarikat untuk mendapatkan pembiayaan.
Seramai 49 peserta telah menghadiri sesi ini, terdiri daripada 37 peserta secara dalam talian dan 12 peserta secara fizikal, melibatkan InnoHubbers serta warga UPM.
Date of Input: 29/10/2025 |
Updated: 29/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING