InnoHub Telah Menganjurkan Satu Sesi Bual Bicara Yang Dinamakan Borak Session | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » InnoHub telah menganjurkan satu sesi bual bicara yang dinamakan " Borak Session "

InnoHub telah menganjurkan satu sesi bual bicara yang dinamakan " Borak Session "

Putra Science Park, UPM – 6 Mei 2025 , Program InnoHub telah menganjurkan satu sesi bual bicara yang dinamakan " Borak Session ", khusus untuk para penyelidik pasaran yang terlibat di bawah Program Pemerkasaan Syarikat Pemula InnoHub (PPSPI). Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman, memupuk jaringan profesional, serta memberi pendedahan kepada strategi dan cabaran sebenar dalam membangunkan syarikat pemula berasaskan teknologi.


Seramai 18 orang penyelidik, terdiri daripada penyelidik teknikal dan penyelidik pasaran, telah mengambil bahagian secara langsung dalam sesi tersebut. Sesi ini berlangsung dalam suasana yang interaktif dan terbuka, memberi ruang kepada pertukaran pandangan serta perkongsian ilmu secara dua hala.


Antara pengisian utama sesi ini termasuk perkongsian pengalaman berharga oleh para "InnoHubers" , iaitu peserta-peserta terdahulu yang telah lama terlibat dalam Program InnoHub dan berjaya mengembangkan syarikat pemula masing-masing. Mereka telah berkongsi pelbagai input bermakna berkaitan proses penubuhan syarikat, pengkomersialan teknologi, serta strategi pemasaran yang efektif yang mana sangat bermanfaat kepada para penyelidik baharu yang sedang meniti perjalanan mereka dalam ekosistem keusahawanan teknologi.


Inisiatif seperti ini bukan sahaja menyokong pemindahan pengetahuan dan pengalaman secara praktikal, tetapi turut menggalakkan kolaborasi erat antara ahli akademik, penyelidik, dan pihak industri dalam menjayakan agenda pengkomersialan teknologi negara.

Date of Input: 06/05/2025 | Updated: 06/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (05:55:37pm-06:00:37pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]