Inovasi UPM Di Pentas Nasional: TerraDeca Sdn Bhd Pamer Solusi Lestari Di Konvensyen Padi MADA 2026 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Inovasi UPM di Pentas Nasional: TerraDeca Sdn Bhd Pamer Solusi Lestari di Konvensyen Padi MADA 2026

Inovasi UPM di Pentas Nasional: TerraDeca Sdn Bhd Pamer Solusi Lestari di Konvensyen Padi MADA 2026

Syarikat pemula Universiti Putra Malaysia (UPM), TerraDeca Sdn Bhd, berbesar hati menerima jemputan daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai salah satu pempamer sempena Konvensyen Padi MADA 2026 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Hotel Raia, Alor Setar pada 26 Januari 2026. Majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dan turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA. Kedua-dua dif kehormat ini meluangkan masa mengunjungi reruai TerraDeca yang menampilkan inovasi bio-repelen Mr MoleC, sekali gus beramah mesra bersama Prof. Madya Dr. Kartinee Kassim serta pasukan penyelidik beliau.
 
Penyertaan TerraDeca dalam konvensyen ini turut membuka ruang interaksi secara langsung bersama para petani dan pesawah dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut keberkesanan Mr MoleC sebagai solusi kawalan perosak yang lestari, selamat dan mesra alam. Melalui platform ini, TerraDeca dapat berkongsi ilmu, mendapatkan maklum balas lapangan serta memperkukuh peranan inovasi tempatan dalam menyokong sektor penanaman padi negara. Pihak TerraDeca Sdn Bhd / Mr MoleC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MADA atas jemputan serta peluang menyertai konvensyen berprestij ini.
 
May be an image of text

Date of Input: 28/01/2026 | Updated: 28/01/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (06:15:23pm-06:20:23pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]