6 Mei 2025 – Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menerima kunjungan hormat daripada Mandalay Venture Partners , sebuah firma modal teroka dari Australia, hasil jaringan dari YDM Dato' Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, ahli lembaga pengarah universiti UPM.
Mandalay Venture Partners diberi pendedahan berkenaan kejayaan hasil usaha pengkomersilan yang giat dijalankan oleh Putra Science Park. Hasil perbincangan telah membuahkan idea yang menjurus kepada strategi kerjasama pengkomersilan yang mampan bagi harta intelek yang mempunyai Technology Readiness Level yang rendah sehingga terhasilnya ekosistem syarikat pemula, yang dapat menyumbang semula kepada universiti, ekonomi negara dan komuniti.
Putra Science Park melihat potensi besar untuk menjalinkan kerjasama dengan Mandalay Venture Partners dalam pelbagai bidang, terutamanya bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan, teknologi serta harta intelek yang dibangunkan oleh penyelidik-penyelidik UPM. Jalinan strategik ini diyakini mampu merangsang pertumbuhan inovasi tempatan dan mengukuhkan lagi peranan UPM sebagai peneraju universiti berteraskan penyelidikan di peringkat global.
Date of Input: 07/05/2025 |
Updated: 07/05/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING