SERDANG, 8 Mei 2025 - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Science & Technology Park, Walailak University, Thailand. Deleagsi daripada Thailand ini diketuai oleh Asst. Prof Dr. Anurak Thungtong, Pengarah Science & Technology Park Walailak University.
Turut menyertai delegasi tersebut ialah Pengurus Projek daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand serta 14 peserta lain yang terdiri daripada wakil universiti dan pelbagai sektor industri di Thailand.
Lawatan dimulakan dengan sesi tinjauan ke Galeri Penyelidikan & Inovasi serta fasiliti Innohub di PSP. Seterusnya, satu sesi pembentangan telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan) PSP. Turut hadir daripada PSP ialah YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan), Inv. Asrizam Esam, Ketua Seksyen Korporat & Hubungan Strategik serta pegawai daripada seksyen lain.
Sesi ini memberi peluang untuk kedua-dua pihak berkongsi maklumat mengenai aktiviti semasa, khususnya dalam aspek pengkomersilan hasil penyelidikan. Perbincangan juga telah diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik antara PSP dan Walailak University, khususnya dalam pembangunan dan pengkomersilan teknologi.
Diharapkan kunjungan rasmi ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang kukuh dan berimpak tinggi antara dua entiti "science park" ini, selaras dengan aspirasi memperkukuh ekosistem inovasi serantau.
Date of Input: 09/05/2025 |
Updated: 09/05/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING