Bersempena penganjuran Karnival True North Putra sempena Majlis Perutusan dan Amanat Naib Canselor UPM 2026, Putra Science Park (PSP) turut mengambil peranan aktif sebagai antara penggerak utama ekosistem inovasi universiti melalui penyertaan dalam pameran yang berlangsung di Serdang. Penyertaan PSP memaparkan pelbagai inovasi UPM yang telah berjaya dikomersilkan hasil penyelidikan warga akademik merangkumi bidang keterjaminan makanan, kesihatan, teknologi dan kelestarian. Pameran ini bukan sahaja menonjolkan impak penyelidikan UPM kepada masyarakat dan industri, malah menjadi bukti keupayaan universiti dalam menterjemahkan ilmu kepada solusi bernilai tinggi sejajar dengan hala tuju True North UPM.
Selain pameran inovasi, PSP turut menyediakan khidmat permohonan harta intelek (IP) secara bersemuka bagi memudahkan warga UPM mendapatkan khidmat nasihat, pendaftaran serta penerangan berkaitan perlindungan dan pengkomersilan IP. Inisiatif ini selari dengan aspirasi kepimpinan universiti untuk memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan nilai profesionalisme dalam pengurusan hasil penyelidikan. Secara keseluruhannya, penglibatan PSP dalam Karnival True North Putra menjadi pemangkin penting dalam menyokong amanat Naib Canselor UPM 2026, sekali gus mengukuhkan peranan UPM sebagai universiti berteraskan inovasi, berwibawa dan lestari.
Date of Input: 30/01/2026 |
Updated: 30/01/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING