Ke Arah Sinergi Berterusan: Mesyuarat Pembaharuan Pelesenan Teknologi TQRF Antara UPM Dan Germibran Sdn. Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Ke Arah Sinergi Berterusan: Mesyuarat Pembaharuan Pelesenan Teknologi TQRF antara UPM dan Germibran Sdn. Bhd.

Ke Arah Sinergi Berterusan: Mesyuarat Pembaharuan Pelesenan Teknologi TQRF antara UPM dan Germibran Sdn. Bhd.

15 Mei 2025: Mesyuarat bagi Kerjasama Pembaharuan Perjanjian Pelesenan bagi Teknologi TQRF (Thymoquinone Rich Fraction as Cardioprotective and Neuroprotective Agents) antara UPM dan Germibran Sdn.Bhd iaitu Syarikat yang dibimbing di bawah Program InnoHub.
 
Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Kumpulan Penyelidik yang sebelum ini diketuai oleh Allahyarhamah Prof. Dr. Maznah Ismail (Institut Biosains) dan kemudiannya di wakili oleh Dr. Chan Kim Wei (Institut Biosains) selaku penyelidik bersama. Pihak syarikat diwakili oleh En.Muhammad Firdaus Bin Abu Bakar (Pengarah, Germibran Sdn.Bhd).
 
Teknologi ini adalah produk nutraseutikal yang diekstrak daripada biji Nigella sativa (jintan hitam) menggunakan sistem Supercritical Fluid Extraction (SFE) Bahan aktif utama dalam TQRF ialah Thymoquinone (TQ) yang sangat mempunyai antioksidan yang sangat tinggi bagi membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.
 
Produk yang terhasil daripada teknologi ini dikenali mdengan nama komersil SAWDA. Ia sangat berkesan dalam mencegah penyakit degeneratif seperti penyakit jantung dan kanser. SAWDA juga membantu melambatkan proses penuaan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi dan yang ingin menjaga kesihatan jantung serta minda.
 
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian,Sains Makanan, Perubatan &Sains Kesihatn).

Date of Input: 15/05/2025 | Updated: 15/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:05:35pm-09:10:35pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]