Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya. Dr. Kartinee Kassim dan pasukannya, yang telah berjaya mengharumkan nama UPM di Sabah Festival of Ideas & EXCOCIPTA 2025 yang telah berlangsung daripada 16–17 Oktober 2025.
Bukan sahaja beliau menyertai sebagai pempamer, tetapi Dr. Kartinee dan pasukannya juga turut serta bertanding didalam Pertandingan Reka Cipta (PEREKA) dengan inovasi hebat mereka — Mr MoleC, sejenis biorepelen berasaskan ekstrak tumbuhan yang membantu menghalau serangga perosak dan kini telah dikomersialkan melalui syarikat pemula beliau sendiri, iaitu TerraDeca Sdn Bhd.
Hasil inovasi ini telah menarik perhatian para juri daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang melihat potensi serta impak lestari Mr MoleC terhadap alam sekitar dan sektor pertanian.
Hasilnya, pasukan ini telah berjaya membawa pulang Pingat EMAS dalam kategori 'Environmental and Applied Life Science' — satu pencapaian yang benar-benar membuka mata seluruh pasukan terhadap potensi inovasi tempatan di peringkat nasional.
Date of Input: 23/10/2025 |
Updated: 23/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING