Kerjasama Dalam Pembangunan Projek AI Sandbox Di UPM Dan Juga Perluasan Inisiatif Ke Negeri Pahang | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Kerjasama dalam pembangunan projek AI Sandbox di UPM dan juga perluasan inisiatif ke negeri Pahang

Kerjasama dalam pembangunan projek AI Sandbox di UPM dan juga perluasan inisiatif ke negeri Pahang

SERDANG, 17 November - Satu mesyuarat telah diadakan antara Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Enfrasys Network Sdn. Bhd. bagi mengenalpasti potensi kerjasama dalam pembangunan projek AI Sandbox di UPM dan juga perluasan inisiatif ke negeri Pahang.
 
Perbincangan memberi tumpuan kepada penerokaan bentuk kolaborasi strategik, termasuk sokongan teknologi, pembangunan infrastruktur AI, serta peluang kerjasama jangka panjang antara UPM dan Enfrasys Sdn. Bhd.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) PSP ini telah dihadiri oleh Puan Normala Rahim, Pengurus Pembangunan Perniagaan Enfrasys Sdn. Bhd. dan YBrs. Ir. Dr. Alifdalino Sulaiman, Penyelaras Penyelaras Putra Satellite Science Park.

Date of Input: 17/11/2025 | Updated: 17/11/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (08:17:57pm-08:22:57pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]