Kerjasama Inovasi Teknologi UPM–Apex Symphony: Menelusuri Potensi Pelesenan Platform AppXilon | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Kerjasama Inovasi Teknologi UPM–Apex Symphony: Menelusuri Potensi Pelesenan Platform AppXilon

Kerjasama Inovasi Teknologi UPM–Apex Symphony: Menelusuri Potensi Pelesenan Platform AppXilon

14 Mei 2025 - Mesyuarat bersama syarikat Apex Symphony Sdn Bhd yang diketuai oleh En Mohd Shahzar B. Md Idris bersama barisan pakar penyelidik dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Noraini Bt Che Pa dan Dr. Mohd Hafeez Osman. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman bagi membincangkan berkaitan pelesenan teknologi.
 
Teknologi yang telah menarik minat syarikat ini iaitu AppXilon merupakan platform pesanan makanan dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat pesanan dengan mudah melalui pelayar web, manakala pengurus restoran boleh mengurus operasi secara digital dan lebih efisien. Sistem ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan perniagaan yang ingin beralih kepada platform dalam talian, menawarkan pendekatan mesra pengguna dengan antara muka intuitif dan ciri-ciri seperti kemaskini menu masa nyata, laporan jualan, serta pengurusan pesanan automatik. Antara manfaatnya termasuk penjimatan masa, pengurusan lebih tersusun, peningkatan kepuasan pelanggan, dan akses dari mana-mana sahaja.

Date of Input: 17/05/2025 | Updated: 17/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (10:00:18pm-10:05:18pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]