Kerjasama Penyelidikan Dan Pengkomersilan Habbatus Sauda: Inovasi Untuk Mencegah Spina Bifida Dalam Kandungan | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Kerjasama Penyelidikan dan Pengkomersilan Habbatus Sauda: Inovasi untuk Mencegah Spina Bifida dalam Kandungan

Kerjasama Penyelidikan dan Pengkomersilan Habbatus Sauda: Inovasi untuk Mencegah Spina Bifida dalam Kandungan

Pada 28 Januari 2025, satu perbincangan kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan teknologi Habbatus Sauda telah diadakan antara YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, Felo Penyelidik Bersekutu, dan Prof. Dr. Yus Aniza Yusof dari Fakulti Kejuruteraan selaku ketua penyelidik. Perbincangan ini turut melibatkan pasukan penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hazrina Ghazali, Dr. Wan Melissa Wan Hassan, dan Dr. Nurul Hanisah Juhari, serta syarikat Al-Hannan Group Trading, pembekal utama Habbatus Sauda.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, bersama dengan Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi), serta Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek).

Kajian awal menunjukkan bahawa formulasi berasaskan Habbatus Sauda ini berpotensi menghalang kecacatan spina bifida dalam kandungan ibu berusia. Sehubungan itu, para penyelidik sepakat untuk meneruskan kajian lanjut bagi memastikan produk ini dapat dikomersialkan dan dimanfaatkan oleh golongan sasaran, khususnya ibu-ibu dari kumpulan B40. Usaha ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran tetapi juga meningkatkan kualiti kesihatan ibu dan bayi.

Date of Input: 03/02/2025 | Updated: 03/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (07:53:12am-07:58:12am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]