3 Julai 2025 : Satu majlis menandatangani satu (1) perjanjian pelesenan teknologi Rahsia Dagangan “Saturable Absorber for Ultrashort Pulse Fiber Laser” di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Inlazer Dynamics Sdn. Bhd.
”Saturable Absorber for Ultrashort Pulse Fiber Laser” atau inovasi terkehadapan yang dikenali sebagai laser yang mempunyai kecekapan tinggi peranti penyerap tepu “saturable absorber” yang terdiri daripada gabungan bahan nano dan gentian mikro untuk menghasilkan denyut laser. Komponen utama yang digunakan ialah bahan nano yang bersifat sebagai penyerap cahaya dan juga gentian mikro sebagai hos kepada bahan nano yang mempunyai diameter tirus khusus yang difabrikasi melalui teknik pemanasan dan renggangan menggunakan mesin pemprosesan kaca (Vytran).
Secara tradisi, peranti semiconductor saturable absorber mirrors (SESAM) digunakan untuk menghasilkan denyut laser adalah lebih mahal, kompleks serta senang berlaku kerosakan termal dan optikal yang menjejaskan prestasi laser. Sebagai alternatif, peranti penyerap tepu yang dicadangkan ini boleh diperluaskan kepada pembangunan pelbagai bahan nano baru yang sangat berguna dan diaplikasikan dalam bidang fotonik serta menghasilkan peranti yang lebih mesra alam. “Saturable Absorber for Ultrashort Pulse Fiber Laser” yang menghasilkan denyut laser boleh digunakan terus dalam industri elektronik, perubatan, pertanian, sensor dan lain-lain lagi.
Pengkomersilan teknologi UPM ini adalah hasil penyelidikan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi daripada Fakulti Kejuruteraan, UPM. Majlis menandatangani Perjanjian Pelesenan ini dihadiri oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah Putra Science Park), Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah, Pemindahan Teknologi & Pengkomersilan, Putra Science Park), Dr. Nadiah Husseini Zainol Abidin (Penyelidik UPM) dan wakil syarikat Inlazer Dynamics Sdn. Bhd. iaitu Dr. Rizal Bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Dr. Yasmin Binti Mustapha Kamil (Pengarah).
Date of Input: 07/07/2025 |
Updated: 07/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING