Kerjasama UPM & SWCorp Malaysia: Pengkomersilan Teknologi Pemprosesan Kompos Kulit Durian | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Kerjasama UPM & SWCorp Malaysia: Pengkomersilan Teknologi Pemprosesan Kompos Kulit Durian

Kerjasama UPM & SWCorp Malaysia: Pengkomersilan Teknologi Pemprosesan Kompos Kulit Durian

Pada 4 Januari 2025, sesi mesyuarat pertama antara SWCorp Malaysia (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan bagi membincangkan hala tuju pelesenan dan pengkomersilan teknologi Hakcipta dan Rahsia Dagangan "Pemprosesan Kompos Kulit Durian Kering".

Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Dr. Rosnah Shamsudin dari Fakulti Kejuruteraan, bersama Dr. Mohd Huzairi Mohd Zainudin dari Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park).

Kerjasama ini diharap dapat membantu SWCorp Malaysia mengurus sisa pepejal kulit durian dengan lebih lestari, menukarkannya kepada baja kompos organik yang mesra alam. Kompos ini bukan sahaja berupaya memperbaiki kualiti tanah dan meningkatkan kesuburan tanaman, malah turut membantu menangani masalah lambakan sisa kulit durian, terutamanya ketika musim durian.

Langkah ini selaras dengan usaha mempromosikan teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar, menjadikan inovasi UPM sebagai penyelesaian mampan dalam pengurusan sisa pertanian.

Date of Input: 04/02/2025 | Updated: 04/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:03:45pm-08:08:45pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]