Kolaborasi Dinamik UPM-UNIMAS: Perkasa Agenda Komersialisasi Inovasi Universiti | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Kolaborasi Dinamik UPM-UNIMAS: Perkasa Agenda Komersialisasi Inovasi Universiti

Kolaborasi Dinamik UPM-UNIMAS: Perkasa Agenda Komersialisasi Inovasi Universiti

KUCHING, 11 April 2025 - Rentetan lawatan benchmarking pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia pada Disember 2024, Putra Dynamic PSP telah menganjurkan Program TOT Unit Inovasi untuk Research, Innovation and Enterprise Centre (RIEC), UNIMAS. Kursus ini ialah sebahagian daripada 3 fasa program untuk "The UNIMAS Academic Startup Accelerator Program 2025".
 
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan input kepada pihak pengurusan RIEC supaya mereka dapat merancang dan melaksanakan program yang bersifat hands-on dan "experiential learning" dalam usaha mengkomersialkan inovasi universiti serta memperkukuhkan "business acumen" dalam kalangan penyelidik UNIMAS.
Barisan penceramah untuk TOT ialah pakar daripada PSP sendiri iaitu Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah), Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati (Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan)) dan Prof. Madya Siti Rahayu Hussin (Penyelaras Innohub).
 
Pemindahan ilmu dari UPM ini dijangka dapat menyokong UNIMAS dalam memulakan program inkubator syarikat pemula dengan menekankan kaedah pembangunan (developing), pengesahan (validating), dan penskalaan (scaling) model perniagaan (business model) yang disesuaikan dengan usaha niaga berasaskan teknologi (technology-driven ventures).
 
Turut hadir sama ke program ini ialah Prof. Dr. Awang Ahmad Sallehin Awang Husaini, Pengarah RIEC UNIMAS dan Prof. Ir. Dr. Siti Noor Linda Taib, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UNIMAS serta Prof. Madya Dr. Elexson Nillian, Ketua Unit Inovasi & Komersil RIEC.

Date of Input: 15/04/2025 | Updated: 15/04/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:03:03am-08:08:03am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]