Kolaborasi PSP Dan IPPH: UPM Sasar Tampil Sebagai Peneraju Inovasi Halal Di MIHAS 2025 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Kolaborasi PSP dan IPPH: UPM Sasar Tampil Sebagai Peneraju Inovasi Halal di MIHAS 2025

Kolaborasi PSP dan IPPH: UPM Sasar Tampil Sebagai Peneraju Inovasi Halal di MIHAS 2025

Serdang, 8 September 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan bersama Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM sebagai persediaan awal penyertaan dalam Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025. Perbincangan ini berlangsung di PSP dengan fokus kepada strategi penglibatan UPM dalam mempromosikan hasil penyelidikan dan inovasi berasaskan halal kepada pasaran global.
 
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah penyelarasan gerak kerja, pemilihan produk berasaskan halal untuk dipamerkan, serta penyediaan bahan promosi yang bersesuaian dengan imej UPM. Turut hadir bersama ialah Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM, yang turut berkongsi pandangan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara PSP dan IPPH bagi menjayakan penyertaan ini.
 
Melalui penyertaan ini, UPM dijangka dapat menonjolkan keupayaan penyelidik dalam bidang halal serta membuka peluang jaringan strategik bersama pemain industri tempatan dan antarabangsa. MIHAS 2025 dilihat sebagai platform penting untuk mengukuhkan kedudukan UPM sebagai peneraju inovasi halal yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Date of Input: 08/09/2025 | Updated: 08/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:53:24pm-12:58:24pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]