Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Jiangsu University (JSU), China Ke PSP UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Kunjungan Hormat Daripada delegasi Jiangsu University (JSU), China Ke PSP UPM

Kunjungan Hormat Daripada delegasi Jiangsu University (JSU), China Ke PSP UPM

SERDANG, 20 Mei 2025 - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jiangsu University (JSU), China. Delegasi tersebut diketuai oleh Presiden JSU, YBhg. Prof. Xing Weihong, dan turut disertai oleh Encik Cui Yong, Pengarah Pejabat Antarabangsa JSU, serta wakil universiti tersebut, Encik Yin Xiaofei.

Lawatan dimulakan dengan sesi tinjauan ke Galeri Penyelidikan & Inovasi dan fasiliti Innohub di PSP. Delegasi JSU berpeluang melihat secara dekat pencapaian serta infrastruktur yang menyokong ekosistem inovasi dan pemindahan teknologi di UPM.

Satu sesi pembentangan diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah PSP, YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan. Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) dan YBrs. Dr. Daljit Singh A/L Karam Singh, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan aspirasi dalam meneroka potensi kerjasama strategik. Encik Cui menekankan bahawa JSU, seperti UPM, juga merupakan institusi terkemuka dalam bidang pertanian di negara China dan amat berminat untuk membina jaringan kerjasama yang kukuh bersama UPM.

JSU berharap untuk memperkenalkan Putra Science Park kepada ahli akademik mereka bagi mewujudkan kerjasama penyelidikan dan penghasilan inovasi baharu dalam bidang pertanian yang memberi impak global.

Date of Input: 21/05/2025 | Updated: 21/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:47:23pm-08:52:23pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]