Hari ini, Putra Science Park (PSP) menerima kunjungan Tuan Haji Suid Mustafa, pemilik sawah padi berkeluasan 20 ekar di Sekinchan, yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan UPM bagi penggunaan produk-produk inovasi UPM di kawasan tanaman beliau.
Turut serta dalam sesi ini ialah syarikat pemula UPM: Qarbotech, TerraDeca, Padi U Putra dan Jutjel. Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Samsilah, dengan setiap wakil syarikat membentangkan inovasi masing-masing yang memberi tumpuan kepada penyelesaian cabaran dalam penanaman padi.
Tuan Haji Suid Mustafa menyatakan rasa gembira dan keyakinan beliau terhadap potensi produk-produk ini dalam membantu petani, khususnya di kawasan Sekinchan. Beliau turut berkongsi antara isu utama yang sering dihadapi pesawah — serangan serangga, penyakit tanaman dan keadaan tanah yang semakin tidak subur akibat penggunaan input kimia secara berlebihan dalam jangka masa panjang.
Sebagai langkah permulaan kerjasama, satu plot percubaan akan dijalankan pada awal tahun 2026 bagi menilai keberkesanan inovasi-inovasi ini secara langsung di lapangan.
Date of Input: 09/12/2025 |
Updated: 09/12/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING