Pada 13,14 & 19 Ogos 2024 telah diadakan Kursus Taskforce Pengkomersilan Inovasi Universiti yang pertama bagi tahun 2024 di InnoHub,Putra Science Park oleh Unit Perkhidmatan Latihan,PSP. Seramai 28 orang ahli taskforce pengkomersilan inovasi ini yang telah dilantik dari kalangan pensyarah dan juga penyelidik Universiti Putra Malaysia bagi menjayakan kursus ini. Kursus ini juga telah di rasmikan oleh YBhg. Profesor. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia.
Objekktif utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan mengenai konsep dan matlamat taskforce pengkomersilan inovasi universiti secara teori dan teknikal , ianya turut memberi latihan dan nasihat kepada ahli agar dapat disampaikan kepada penyelidik di PTJ/Fakulti dalam meningkatkan kesedaran dan keupayaan penyelidik untuk memahami serta menguruskan proses pemindahan teknologi. Kursus ini turut memberi kefahaman dalam selok belok pemfailan dan perlindungan harta intelek serta urusan yang berkaitan dengan aktiviti pemindahan teknlogi dan pengkomesilan inovasi.

Date of Input: 22/08/2024 | Updated: 23/08/2024 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia