SERDANG, 3 Oktober – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia menerima lawatan delegasi dari University of Ghana dan Network for African-Asian Trade and Business (NAATAB) dalam usaha meneroka kerjasama strategik dalam bidang keusahawanan dan pembangunan startup.
Delegasi diketuai oleh Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, Profesor di Putra Business School UPM dan hadir bersama Prof. Godfred Matthew Yaw Owusu, Naib Presiden NAATAB). PSP pula diwakili oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd. Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) PSP.
Lawatan ke InnoHub PSP merangkumi perbincangan ringkas mengenai ekosistem startup berasaskan penyelidikan di UPM serta potensi jalinan antara benua dalam pengkomersialan teknologi dan pembangunan perniagaan.
Date of Input: 03/10/2025 |
Updated: 03/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING