Lawatan Delegasi MTDC Ke Putra Science Park: Meneroka Potensi Kolaborasi Strategik Dalam Inovasi Dan Pengkomersialan Teknologi | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Lawatan Delegasi MTDC ke Putra Science Park: Meneroka Potensi Kolaborasi Strategik dalam Inovasi dan Pengkomersialan Teknologi

Lawatan Delegasi MTDC ke Putra Science Park: Meneroka Potensi Kolaborasi Strategik dalam Inovasi dan Pengkomersialan Teknologi

Pada 27 Januari 2025, Putra Science Park (PSP) telah menerima lawatan daripada delegasi Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi membincangkan potensi kolaborasi antara kedua-dua pihak. Delegasi MTDC diketuai oleh Ts. Dr. Indera Shaiful Baharudin, Executive Vice President, Technology Ecosystem Development Business Division, bersama Dr. Wan Raihana Wan Aasim, Vice President, Developmental Fund Management Department, serta Ts. Suhairi Samad, AVP, Knowledge Management.
 
Perbincangan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam pembangunan ekosistem teknologi, pembiayaan inovasi, serta pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk pengkomersialan teknologi universiti. PSP dan MTDC turut membincangkan inisiatif bagi menyokong penyelidik UPM dalam mendapatkan pembiayaan serta bimbingan industri bagi mempercepatkan proses pengkomersialan produk inovasi.
 
Lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan hubungan antara akademia dan industri, selari dengan usaha memacu pertumbuhan teknologi dan inovasi negara.

Date of Input: 28/01/2025 | Updated: 28/01/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:16:11pm-08:21:11pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]