SERDANG, 22 Mei 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh bin Jaafar, Naib Canselor dan Presiden Albukhary International University (AIU).
Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah PSP, turut membawa YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh melawat Galeri Penyelidikan & Inovasi PSP. Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak telah berbincang secara ringkas mengenai potensi kerjasama strategik antara PSP dan AIU dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan sumber manusia.
Salah satu agenda utama lawatan ini ialah memperkenalkan inisiatif Putra Dynamics – sebagai platform latihan dalam IP, komersil dan syarikat pemula bagi pegawai akademik dan bukan akademik AIU.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Ybrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan) serta Inv. Asrizam Esam, Ketua Seksyen Korporat & Hubungan Strategik, yang turut berkongsi pandangan mengenai kerjasama jangka panjang antara kedua-dua institusi.
Date of Input: 22/05/2025 |
Updated: 22/05/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING