Putra Science Park, UPM – Pada 13 Mac 2025, satu lawatan yang amat bermakna telah diadakan oleh Penyelidik Pasaran InnoHub semasa sesi Borak Session ke syarikat Lipidware Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang bermula daripada program Inkubator InnoHub. Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai dan memahami dengan lebih mendalam perkembangan terkini syarikat pemula yang kini semakin mencipta nama dalam industri bioteknologi.
Sepanjang lawatan, Penyelidik Pasaran InnoHub berpeluang untuk mendalami ilmu dan pengalaman bersama pengasas syarikat Lipidware, Prof. Dr. Lai Oi Ming. Dalam sesi perkongsian tersebut, pelbagai aspek penting mengenai perjalanan syarikat telah dibincangkan, termasuk sejarah dan latar belakang syarikat, proses operasi, inovasi dan teknologi yang diterapkan, pengurusan dan kepimpinan, pengalaman dalam pemasaran dan penjenamaan, serta cabaran yang dihadapi dan penyelesaian yang diambil.
Selain itu, pencapaian dan anugerah yang diraih turut menjadi fokus utama dalam perbincangan. Lawatan ini juga membuka ruang untuk kedua-dua pihak berbincang tentang potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan pasaran serta strategi pengembangan produk yang dapat memenuhi kehendak pasaran tempatan dan antarabangsa. Dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Lipidware, syarikat ini bukan sahaja menjadi inspirasi kepada syarikat pemula yang lain, tetapi juga membuka peluang kerjasama yang lebih luas dalam industri bioteknologi, memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di pasaran global.
Date of Input: 14/03/2025 | Updated: 14/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia