Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah UPM Ke Putra Science Park: Memperkasa Pengkomersilan Inovasi Universiti | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah UPM ke Putra Science Park: Memperkasa Pengkomersilan Inovasi Universiti

Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah UPM ke Putra Science Park: Memperkasa Pengkomersilan Inovasi Universiti

14 Mac 2025: Putra Science Park telah menerima kunjungan kerja daripada Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Putra Malaysia, YBrs. En. Nasharuddin Abu Bakar pada hari ini. Pelantikan beliau sebagai ahli LPU UPM mewakili Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan kewujudan Putra Science Park (PSP) telah menarik perhatian beliau untuk mengunjungi PSP. Lawatan beliau ini disambut oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park bersama Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan), Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) bersama dengan pegawai-pegawai Putra Science Park.
 
YBrs. En. Nasharuddin telah dibawa melawat Galeri Penyelidikan dan Inovasi untuk melihat produk-produk yang telah berjaya dikomersilkan. Penerangan produk-produk komersil telah disampaikan oleh Prof. Dr. Samsilah dan Prof Madya Dr. Wan Nurhayati. Beliau juga telah dibawa melawat ruangan Innohub dan penerangan mengenai program Innohub kepada start-up telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa.
 
Lawatan kerja daripada ahli LPU merupakan kali keempat ke Putra Science Park. Tujuan lawatan kerja ini bagi memperkenalkan Putra Science Park melibatkan pengurusan harta intelek, promosi inovasi, pengkomersilan teknologi dan program innohub. Selain itu, lawatan kerja ini juga bagi melihat pencapaian dan kejayaan UPM menghasilkan pendapatan pengkomersilan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh PSP untuk memastikan UPM memperolehi pendapatan hasil daripada pengkomersilan produk oleh pihak industri yang mengambil lesen dengan UPM.
 
Semoga lawatan daripada YBrs. En. Nasharuddin Abu Bakar ke PSP dapat membuka peluang yang cerah untuk PSP dalam meningkatkan pendapatan Universiti dalam pengkomersilan produk inovasi.

Date of Input: 15/03/2025 | Updated: 15/03/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:36:16pm-09:41:16pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]