26 November 2025 – Putra Science Park telah menerima lawatan kerja daripada Northern Corridor Economic Region (NCER) yang diwakili oleh Puan S. Asmazura Ismail, Puan Zurina Mohamed Hashim, Encik Amir Sharifudin Nayodin @ Mahayudin, dan Encik Muhammad Zaki Mohd Saman.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah Putra Science Park, Prof. Dr. Samsilah Roslan, bersama wakil Seksyen InnoHub, Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar dan Puan Noor Fadilah Ayu Wichi, serta wakil Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi, Encik Faiz Farhan.
Delegasi dibawa melawat Galeri Inovasi PSP bagi melihat pelbagai inovasi dan teknologi berasaskan harta intelek universiti. Syarikat pemula Terra Deca Sdn. Bhd. turut mengambil peluang bersua dengan delegasi NCER semasa lawatan ke galeri.
Sesi perbincangan seterusnya memberi tumpuan kepada inovasi dan teknologi yang berpotensi diketengahkan semasa University Research & Innovation Investment Summit (URIIS) 2026, di samping meneroka peluang kerjasama dengan syarikat pemula Program InnoHub, khususnya dalam merangka strategi penembusan pasaran dan pelaburan awal.
Seterusnya, delegasi turut melawat Projek Solar Terapung SURIA16 di Fakulti Kejuruteraan (FK), Universiti Putra Malaysia. Perbincangan di FK memberi fokus kepada potensi fasilitasi NCER kepada para penyelidik, P.M. Ir. Dr. Effendy Ya'acob (FK) dan Dr. Ismayadi Ismail (Institut Nanosains & Nanoteknologi), yang masing-masing mewakili syarikat pemula AgroPV Integrated Sdn. Bhd. dan GCNT Sdn. Bhd. dalam usaha mengkomersilkan harta intelek universiti.
Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NCER atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke PSP dan UPM. Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara UPM, NCER dan syarikat pemula di bawah Program InnoHub.
Date of Input: 27/11/2025 |
Updated: 27/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING