SERDANG, 6 Mac 2026 - Putra Science Park (PSP) UPM telah menerima lawatan penanda aras dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi memperkukuh agenda pemindahan teknologi dan pengkomersilan hasil penyelidikan negara.
Delegasi UMK diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mardawani binti Mohamad (Pengarah TTC) bersama kepimpinan C-NET dan InnoPark UMK. Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Pengarah PSP, Prof. Dr. Samsilah Roslan serta barisan pengurusan tertinggi PSP.
Lawatan ini menjadi platform perkongsian "Amalan Terbaik" dalam:

Pengoperasian & Tadbir Urus Pusat Sains.

Strategi Pengkomersilan & Pemindahan Teknologi.

Pengurusan Harta Intelek (IP) yang efisien.

Kupasan kejayaan Program InnoHub UPM dalam melahirkan syarikat spin-off.
Sinergi antara UMK dan UPM ini diharapkan dapat memacu ekosistem inovasi yang lebih dinamik, sekaligus menukarkan idea hebat dari makmal kepada impak nyata buat industri dan masyarakat.
Date of Input: 09/03/2026 |
Updated: 09/03/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING