Majlis Inaugural Prof. Suraya Serlah Kejayaan Komersialisasi Teknologi Harvast Bernilai RM933,333 Oleh Qarbotech | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Majlis Inaugural Prof. Suraya Serlah Kejayaan Komersialisasi Teknologi Harvast Bernilai RM933,333 oleh Qarbotech

Majlis Inaugural Prof. Suraya Serlah Kejayaan Komersialisasi Teknologi Harvast Bernilai RM933,333 oleh Qarbotech

SERDANG,8 Ogos 2025 - Bersempena dengan majlis Syarahan Inaugural oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid, Fakulti Kejuruteraan, majlis ini turut sama meraikan pelancaran dua program penting hasil dedikasi dan kecemerlangan Prof Dr Suraya yang memajukan dan membawa hasil penyelidikan dan inovasi beliau ke satu tahap pengkomersilan teknologi yang lebih tinggi di UPM dan Malaysia.
 
 
Syarikat Qarbotech Sdn. Bhd., Syarikat pemula di bawah program InnoHub UPM bagi mengkomersilkan produk Harvast iaitu produk yang dapat meningkatkan fotosisntesis tumbuhan sekaligus meningkatkan hasil tuaian bagi pelbagai jenis tanaman. Syarikat Qarbotech Sdn. Bhd. telah membeli hak harta intelek teknologi Harvast ini iaitu paten "Preparation of Carbon Quantum Dots" daripada pihak UPM dengan nilai RM933,333.00.
 
 
Kecemerlangan Prof Suraya dan Qarbotech bukan hanya memberi pulangan dalam bentuk nilaian ringgit kepada UPM. Syarikat ini juga turut menyumbang pengalaman dan kepakaran pembangunan perniagaan melalui Venture Builder Initiative by Qarbotech, dengan membimbing syarikat-syarikat pemula di bawah Program InnoHub Putra Science Park UPM agar dapat mengikuti jejak cemerlang mereka ke arah menjadi Syarikat berstatus Unicorn di Malaysia. 2 syarikat InnoHub yang telah mengikuti inisitatif ini adalah TerraDeca Sdn Bhd dengan inovasi Mr Molec- Biopestisid penghalau perosak tanaman dan Jutjel Sdn Bhd dengan inovasi baja organo mineral.
 

Date of Input: 09/08/2025 | Updated: 09/08/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:06:00am-08:11:00am, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]