KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Majlis penutupan National Innovation & Commercialisation Exhibition (NICE) 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), menghimpunkan pelbagai pemain industri, penyelidik dan institusi pengajian tinggi dalam mempamerkan hasil inovasi dan komersialisasi terkini negara. Pameran ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara akademia dan industri, sekaligus mengiktiraf kejayaan penyelidikan yang berpotensi untuk diterjemahkan ke pasaran.
Dalam kesempatan tersebut, Pengarah Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Samsilah Roslan, berkesempatan melawat reruai penyelidik UPM yang menyertai pameran, termasuk syarikat pemula (startup) di bawah Program InnoHub serta rakan kolaborasi industri yang telah menjalin hubungan strategik bersama UPM. Antara syarikat yang terlibat ialah MyBio Beauty & Health Sdn. Bhd., Edstem Sdn. Bhd., Lipidware Sdn. Bhd., Terradeca Sdn. Bhd., My Myracle Sdn. Bhd., Nutramagis Sdn. Bhd. dan Jutjel Sdn. Bhd., yang masing-masing mempamerkan produk hasil penyelidikan dan pembangunan bersama penyelidik UPM.
Kehadiran Prof. Dr. Samsilah Roslan di pameran berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan UPM dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan keusahawanan teknologi negara melalui pengkomersialan hasil penyelidikan universiti. UPM terus memainkan peranan penting sebagai jambatan antara penyelidik dan industri bagi memastikan inovasi yang dihasilkan dapat memberi impak nyata kepada ekonomi, masyarakat dan pembangunan negara, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Date of Input: 12/10/2025 |
Updated: 12/10/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING