Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) TERRADECA SDN BHD Sdn Bhd Dan IMMUNIX INTERNATIONAL SDN BHD | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) TERRADECA SDN BHD Sdn Bhd dan IMMUNIX INTERNATIONAL SDN BHD

Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) TERRADECA SDN BHD Sdn Bhd dan IMMUNIX INTERNATIONAL SDN BHD

Pada 9 September 2025, bertempat di Bilik Seminar, Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) TERRADECA SDN BHD Sdn Bhd dan IMMUNIX INTERNATIONAL SDN BHD yang masing-masing diwakili oleh Prof. Madya Dr. Nur Kartinee Kassim dan Dato Mohd Shukri Bin Buyong.
 
Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada permuafakatan strategik dan mengukuhkan hubungan profesional serta merasmikan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan bidang pertanian dan teknologi inovasi daripada UPM, khususnya dalam usaha pengkomersialan produk bio-repellent Mr MoleC di Indonesia.
 
Melalui pemeteraian perjanjian ini, kedua-dua pihak akan berusaha untuk memperkuat, memupuk dan memperkembangkan kerjasama perniagaan atas asas ketaksamaan dan manfaat bersama.
 
Kerjasama ini diharap menjadi pemangkin kepada penciptaan peluang baharu serta memberi impak positif dalam pembangunan sektor pertanian dan inovasi teknologi di peringkat serantau.

Date of Input: 09/09/2025 | Updated: 09/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:55:02pm-10:00:02pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]