Pada 27 Februari 2025 (Khamis), InnoHub Talk Session #2 | 2025 bertajuk "Perfecting Your Pitch, Building Visibility & Growing Your Network for Startup Success" telah berlangsung dalam format hibrid, dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras InnoHub, Putra Science Park, UPM. Sesi ini menampilkan Puan Zakiah Binti Abd Malek, Ketua Pegawai Operasi (COO) Creative Stew Sdn Bhd, yang berkongsi panduan berharga bagi membantu syarikat pemula (startups) memperbaiki teknik pitching, meningkatkan pengenalan jenama, serta memperluas rangkaian profesional mereka.
Peserta mempelajari cara menjelaskan masalah, penyelesaian, dan nilai produk mereka dengan lebih jelas, selain meneroka strategi penglibatan media dan PR untuk membina jenama yang lebih dikenali.
Mereka juga didedahkan dengan teknik berhubung dengan pelabur, mentor, dan pemimpin industri bagi membina jaringan yang bernilai. Sesi ini berjaya menarik 69 peserta, dengan 58 menyertai secara dalam talian dan 11 hadir secara fizikal, termasuk InnoHubbers dan kakitangan UPM. Program ini merupakan salah satu usaha InnoHub, Putra Science Park, UPM dalam memperkasa usahawan teknologi untuk terus bersaing dalam dunia perniagaan.
Date of Input: 27/02/2025 | Updated: 27/02/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia