Mesyuarat Antara Putra Science Park Dan Panel Industri Program InnoHub Iaitu Encik Ahmad Zakir Bin Dato’ Wira Jaafar | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat antara Putra Science Park dan Panel Industri Program InnoHub iaitu Encik Ahmad Zakir bin Dato’ Wira Jaafar

Mesyuarat antara Putra Science Park dan Panel Industri Program InnoHub iaitu Encik Ahmad Zakir bin Dato’ Wira Jaafar

8 Mei 2025 : Mesyuarat antara Putra Science Park dan Panel Industri Program InnoHub iaitu Encik Ahmad Zakir bin Dato’ Wira Jaafar.
Mesyuarat ini dijalankan bagi menyelaras rundingan rasmi yang bakal dijalankan oleh pihak PSP dan Startup daripada Program InnoHub agar selari dengan objektif Program InnoHub dan Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan untuk mencapai KPI Universiti.
 
Penyelarasan ini bertujuan untuk mengoptimumkan sumber, memperkukuh kerjasama strategik, dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan bergerak seiring dengan matlamat utama universiti dalam memperkasa pemindahan teknologi dan pengkomersilan hasil penyelidikan.
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park).
 
Mesyuarat ini dihadiri oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Binti Abd Rahman, selaku Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan, Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub.
 
Turut dihadiri adalah semua Pegawai daripada Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan yang diketuai oleh Puan Norliyana Kamarudin selaku Ketua Seksyen.

Date of Input: 08/05/2025 | Updated: 08/05/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:38:27am-08:43:27am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]