29 Ogos 2025 : Mesyuarat atas talian bagi membincangkan kesinambungan buat kali kedua kerjasama pelesenan Paten “Rotadisc: Mesocarp and Drupe Nuts Separator for Higher Oil Recovery” di antara Putra Science Park (PSP), UPM dan Sawipac Sdn. Bhd. Teknologi ini yang dihasilkan oleh pasukan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan UPM diketuai oleh Prof. Dr. Robiah Yunus bersama dengan Prof. Ts. Dr. Rosnah Binti Shamsudin, Dr. Mohamad Faiz Mukhtar Bin Gunam Resul dan Mohd Hafizz Wondi.
ROTADISC adalah penemuan baru yang berkaitan dengan alat dan kaedah untuk memisahkan serat mesokarp dari biji buah kelapa sawit. Isu semasa dalam industri kelapa sawit adalah 5% hingga 11% minyak masih tertinggal dalam mesokarp, ROTADISC mampu meningkatkan keberkesanan pengasingan minyak ini sehingga 98% dengan proses pemisahan yang pantas. ROTADISC menggunakan proses pemisahan kering iaitu proses memisahkan bahan tanpa menggunakan air dan berterusan. Proses ini cekap dan cepat hanya mengambil masa 30 saat untuk memisahkan bahan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park. Pihak Sawipac Sdn. Bhd. diwakili oleh Prof. Emeritus Dato’ Abu bin Abdullah (Pengerusi Sawipac Sdn. Bhd.) dan Encik Neo Teck Siong (Pengarah).
Date of Input: 29/08/2025 |
Updated: 29/08/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING