Mesyuarat Bersama Yayasan Albukhary Bagi Membincangkan Strategi Dalam Pengkomersilan Produk PadiU Putra Oleh Syarikat Putra Agrotech Sdn Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Mesyuarat bersama Yayasan Albukhary bagi membincangkan strategi dalam pengkomersilan produk PadiU Putra oleh syarikat Putra Agrotech Sdn Bhd.

Mesyuarat bersama Yayasan Albukhary bagi membincangkan strategi dalam pengkomersilan produk PadiU Putra oleh syarikat Putra Agrotech Sdn Bhd.

18 Ogos 2025 – Satu mesyuarat penting telah diadakan bersama Yayasan Albukhary bagi membincangkan strategi pengkomersilan produk PadiU Putra yang dibangunkan melalui syarikat pemula UPM, Putra Agrotech Sdn. Bhd.. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Syed Danial Syed Mokhtar Shah, yang juga merupakan Pengarah Bukan Eksekutif, BERNAS.

Selain fokus utama terhadap hala tuju PadiU Putra, pihak Putra Science Park (PSP) turut mengambil kesempatan untuk membuat perkongsian mengenai pelbagai teknologi lain UPM dalam bidang pertanian yang berpotensi memberi impak besar kepada industri. Antara yang diketengahkan termasuk inovasi dalam peningkatan hasil tanaman, teknologi lestari, serta penyelesaian digital untuk pertanian pintar.

Delegasi PSP pada mesyuarat ini diketuai oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, bersama Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, Penyelaras InnoHub, dan Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop, pengasas syarikat Putra Agrotech Sdn. Bhd. Mesyuarat ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara UPM, Yayasan Albukhary, dan rakan industri strategik dalam memperkukuh agenda pengkomersilan teknologi pertanian negara.

Mungkin imej 6 orang dan dais

Date of Input: 19/08/2025 | Updated: 19/08/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:37:47pm-12:42:47pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]