5 March 2025: Mesyuarat bersama penyelidik UPM iaitu Dato’ Ng Paik San bagi halatuju kerjasama pengkomersilan teknologi bersama syarikat Unity Group yang bertapak di Hong Kong dan juga Syarikat ONT R&D Sdn. Bhd.
Kerjasama yang akan dijalankan bersama Unity Group adalah berkaitan penyelidikan “AI Farming” iaitu kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan tanaman di persekitaran terkawal, untuk kilang tanaman.
Teknologi UPM yang bakal dilesenkan adalah Baja untuk Hidroponik. Manakala kerjasama bersama ONT R&D Sdn.Bhd pula adalah berkaitan penyelidikan System Penanaman “MicroAlgae” dengan pengurusan iklim di Malaysia Mesyuarat ini diwakili oleh Puan Norliyana Binti Kamarudin & Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Putra Science Park (PSP) UPM.
Date of Input: 05/03/2025 | Updated: 05/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia