Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Harta Intelek UPM Iaitu Catfish Hormonal Therapy Antara UPM Dan Aqua Genesis Enterprise | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu " Catfish Hormonal Therapy " antara UPM dan Aqua Genesis Enterprise

Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu " Catfish Hormonal Therapy " antara UPM dan Aqua Genesis Enterprise

21 Januari 2026: Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu " Catfish Hormonal Therapy " antara UPM dan Aqua Genesis Enterprise
 
Inovasi ini adalah hasil penyelidikan Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Zarirah Mohamed Zulperi (Fakulti Pertanian) dan pihak Aqua Genesis Enterprise diwakili oleh En.Ibrahim A.Hamid.
 
Inovasi ini merupakan implan hormon yang boleh meningkatkan sistem pembiakan ikan tempatan seperti Patin Buah & Baung. Teknologi ini juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan pada hormon import. Selain daripada hasil pembiakan lebih konsisten & berkualiti tinggi, Inovasi ini bukan sahaja membantu penternak menjimatkan kos, malah menjamin bekalan ikan segar untuk rakyat Malaysia sekaligus menyumbang kepada kelestarian sumber makanan negara.
 
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah) & Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi (Pegawai Pemindahan Teknologi), Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park.
 
May be an image of text that says "OVICNCE PARK At The Forefront Of Innovation SI epark.upm.edu.my"

Date of Input: 21/01/2026 | Updated: 21/01/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:57:37pm-09:02:37pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]