Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Harta Intelek UPM Iaitu Liquid BioFertilizer” Antara UPM Dan MEFER Agriqulture Solution | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu "Liquid BioFertilizer” antara UPM dan MEFER Agriqulture Solution

Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu "Liquid BioFertilizer” antara UPM dan MEFER Agriqulture Solution

12 Februari 2026: Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu "Liquid BioFertilizer” antara UPM dan MEFER Agriqulture Solution. Inovasi ini adalah hasil penyelidikan Prof.Madya Dr.Ali Tan Kee Zuan dari Fakulti Pertanian dan pihak MEFER Agriqulture Solution diwakili oleh En.Ahmad Hawariy Bin Razali selaku Pengurus syarikat.
 
Inovasi ini merupakan komposisi berasaskan bakteria yang berfungsi untuk meningkatkan perkembangan, pertumbuhan dan hasil tanaman, serta membantu mengurangkan masalah kemasinan tanah. Formulasi berasaskan biologi ini adalah sejenis BioBaja yang menawarkan akternatif yang lebih selamat dan mesra alam dan dapat mengurangkan penggunaan baja kimia sehingga 50%.
 
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah) & Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi (Penolong Pendaftar Kanan), Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park.
 
May be an image of dais and text that says "UPM M INENRERRIRS PUTRA SCIENCE PARK At The Forefront Of Innovation sciencepark.upm.edu.my sciencepark.up upm."

Date of Input: 12/02/2026 | Updated: 12/02/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:04:15am-08:09:15am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]