Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Harta Intelek UPM Iaitu Rotating Blade Natural Fiber Extraction Machine Antara UPM Dan Truckquip Sdn. Bhd. | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu "Rotating Blade Natural Fiber Extraction Machine" antara UPM dan Truckquip Sdn. Bhd.

Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu "Rotating Blade Natural Fiber Extraction Machine" antara UPM dan Truckquip Sdn. Bhd.

23 Januari 2026: Mesyuarat kerjasama pelesenan harta intelek UPM iaitu "Rotating Blade Natural Fiber Extraction Machine" antara UPM dan Truckquip Sdn. Bhd. Inovasi ini adalah hasil penyelidikan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan).
 
Inovasi ini merupakan kaedah penghasilan fiber daripada daun nenas dan ia merupakan teknologi yang telah ditambahbaik bagi meningkatkan kecekapan fiber dalam memenuhi keperluan industri automotif. Inovasi ini telah menarik minat syarikat Truckquip Sdn. Bhd. untuk menjadikan inovasi ini ke atas pembinaan badan bas dan trak.
 
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah) & Cik Suzalina Akma Awing (Pegawai Pemindahan Teknologi), Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park.

Date of Input: 23/01/2026 | Updated: 23/01/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (06:30:51pm-06:35:51pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]