Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi “Axon Putra 001” | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi “Axon Putra 001”

Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi “Axon Putra 001”

Pada 7 Mac 2025, mesyuarat atas talian diadakan antara Putra Science Park (PSP) UPM, UPM Innovations Sdn. Bhd., dan Satiri Sdn. Bhd. bagi membincangkan pelesenan teknologi varieti baharu tumbuhan "Axon Putra 001" (Axonopus compressus).

Teknologi ini merupakan hasil penyelidikan Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Juraimi dari Fakulti Pertanian UPM dan digunakan di padang sukan, khususnya di sekolah. Pelesenan dan pengkomersilan akan dijalankan melalui UPM Innovations Sdn. Bhd. dengan wakilnya, Dr. Nur Nasimi Abdul Latif dan Puan Azean Irdawati Mukhtar.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman bersama Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi dari Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, PSP UPM.

Date of Input: 07/03/2025 | Updated: 07/03/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:03:17pm-09:08:17pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]