»
NEWS » Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi “BioBoost Nano†antara Putra Science Park (PSP), UPM dan BioBoost Nano Sdn.Bhd iaitu syarikat pemula di bawah Program InnoHub, PSP UPM
7 Ogos 2025: Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi “BioBoost Nano” antara Putra Science Park (PSP), UPM dan BioBoost Nano Sdn.Bhd iaitu syarikat pemula di bawah Program InnoHub, PSP UPM.
Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Prof.Madya Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil dari Fakulti Sains. Teknologi ini adalah Biostimulan yang digunakan untuk merangsang proses semula jadi dalam tumbuhan bagi tujuan meningkatkan pertumbuhan, hasil, dan daya tahan tanaman .
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian, Makanan, Perubatan & Kesihatan). Pihak Syarikat diwakili oleh Dr.Nurul Nazihah Amerhaider Nuar, Ketua Pegawai Eksekutif, BioBoost Nano Sdn.Bhd.
Date of Input: 08/08/2025 |
Updated: 08/08/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING