Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi IVC Protector: Meningkatkan Keselamatan & Kecekapan Prosedur IV | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi "IVC Protector": Meningkatkan Keselamatan & Kecekapan Prosedur IV

Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi "IVC Protector": Meningkatkan Keselamatan & Kecekapan Prosedur IV

17 April 2025: Mesyuarat bagi Kerjasama Pelesenan Teknologi “IVC Protector” antara UPM dan Brainnovyte Sdn.Bhd iaitu Syarikat yang ditubuhkan di bawah Program InnoHub.

Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Kumpulan Penyelidik yang diketuai oleh Dr. Adi Azriff Basri daripada Fakulti Kejuruteraan. Teknologi ini adalah Intravenous Cannula Protector (IVC Protector) iaitu sebuah inovasi yang dibangunkan untuk menyediakan pesakit dan pegawai perubatan dengan proses penyisipan cannula yang mudah dan cekap sekali gus mengurangkan risiko kanula tercabut dan meningkatkan keyakinan dalam proses IV bagi kedua-dua pesakit dan pengamal perubatan. Teknologi ini juga membantu mengurangkan kesakitan akibat komplikasi semasa kanulasi intravena.

Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Pemindahan Teknologi (Kluster Pertanian, Makanan,Perubatan&Kesihatan).

Date of Input: 17/04/2025 | Updated: 17/04/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (03:32:44pm-03:37:44pm, 17 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]