Serdang, 21 Januari 2025 – Putra Science Park (PSP), UPM telah mengadakan Mesyuarat Kerjasama Pelesenan Teknologi bagi produk inovasi “Organo Mineral Fertilizer” bersama Syarikat Jutjel Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Program InnoHub, PSP.
Mesyuarat ini diadakan bagi memuktamadkan semakan Perjanjian Pelesenan sebelum dibawa ke peringkat kelulusan Pengurusan UPM. Perbincangan ini merupakan langkah penting dalam memastikan segala aspek perjanjian memenuhi keperluan dan kepentingan semua pihak terlibat sebelum pelaksanaan rasmi dijalankan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, serta Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian, Perubatan & Kesihatan, Teknologi Makanan).
Kerjasama ini dijangka dapat mempercepatkan pemindahan teknologi baja organo mineral ke pasaran melalui usaha pengkomersilan bersama Jutjel Sdn. Bhd. Ia juga selaras dengan matlamat PSP untuk menghubungkan penyelidikan dan inovasi UPM dengan industri, sekali gus memberi manfaat kepada sektor pertanian dan kelestarian alam sekitar.
Date of Input: 21/01/2025 | Updated: 21/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia